Tuesday, July 28, 2015

rombakan

dan tiba-tiba rakyat jelata berhenti memuat naik gambar raya di laman-laman sosial.

Monday, July 20, 2015

cuti raya pendek

raya lagi ke coi?
abang dah mula kerja ni.

sunyi.
sorang-sorang aje.

Wednesday, July 15, 2015

Babak Akhir Filem Aksi Teman Lelaki Pembunuh Upahan

hero dan heroin melarikan diri.
mereka dikejar watak-watak jahat.
dan tembak-menembak pun berlaku
antara hero dan watak-watak jahat.

hero berjaya membunuh seorang penjahat.
menanggalkan jaket kalis peluru kepunyaan penjahat.
dan memakai jaket tersebut pada dirinya sendiri.

heroin merajuk tidak dipakaikan jaket kalis peluru.
lalu mereka pun bergaduh dan memutuskan hubungan.

tamat.