Monday, October 5, 2015

9 tahun

coi,

dua oktober dua ribu lima belas
sembilan tahun abang bekerja di tanjong malim.

Tuesday, July 28, 2015

rombakan

dan tiba-tiba rakyat jelata berhenti memuat naik gambar raya di laman-laman sosial.

Monday, July 20, 2015

cuti raya pendek

raya lagi ke coi?
abang dah mula kerja ni.

sunyi.
sorang-sorang aje.

Wednesday, July 15, 2015

Babak Akhir Filem Aksi Teman Lelaki Pembunuh Upahan

hero dan heroin melarikan diri.
mereka dikejar watak-watak jahat.
dan tembak-menembak pun berlaku
antara hero dan watak-watak jahat.

hero berjaya membunuh seorang penjahat.
menanggalkan jaket kalis peluru kepunyaan penjahat.
dan memakai jaket tersebut pada dirinya sendiri.

heroin merajuk tidak dipakaikan jaket kalis peluru.
lalu mereka pun bergaduh dan memutuskan hubungan.

tamat.

Saturday, June 20, 2015

telekung

sedang abang bentang sejadah tadi,
nenek abang tanya,

"ada ke telekung kau?"

heh?

Wednesday, June 3, 2015

Friday, May 29, 2015

kucing dan kereta

pagi tadi kucing abang balik rumah dengan kaki berdarah coi.
risau abang.

Thursday, May 14, 2015

yang muda, yang bercinta

kecewa cintanya ditolak keluarga
kerana darjatnya tidak sama

jumpa darjat yang sama
agamanya pula tidak sama

bertemu yang sama agama
jantinanya pula juga sama

coi

Tuesday, May 5, 2015

kedai makan melayu

bila cuti panjang ni coi
kedai melayu cuti lagi panjang
lapar abang coi.

Tuesday, April 28, 2015

makan

orang yang makan di restoran, kuat merungut coi
kita makan di warung ajelah coi

lapang hati

Sunday, April 26, 2015

hujan lebat dan wiper kereta

abang kat rnr tapah ni coi
hujan lebat
wiper kereta pula tercabut
lebih 10km juga
nak sampaikan ke sini
ketar lutut abang coi

Thursday, April 23, 2015

berak dan cukai

abang baru baca bil pembetungan
berak pun kena cukai coi

punya miskin pemerintah coi
duit upah cuci berak pun dikutip cukai

Wednesday, April 22, 2015

hari bumi

katanya, hari ini hari bumi
sama-samalah kita
mengekalkan kehijauannya

contohi isteri abang
dia tak makan sayur coi

mesra alam.

ribut

kamu tahu coi, ahad lepas
abang nak balik dari tr ke tm

hujan lebat, ribut
mak abang tak bagi coi

abang menjawab, ikut jalan lain
tapi abang tunggu juga

bila reda abang balik
jalan yang abang ikut tu,
tak boleh lalu coi.

pokok tumbang merentang jalan,
depannya pula jalan banjir coi.

abang patah balik, ikut jalan lain.
berderet-deret coi, pokok tumbang

nasib baik coi
dengar cakap mak
nasib baik.

selamat pagi

kamu dah mandi coi?

pagi ni abang mandi,
batuk keluar darah coi.

tekak luka agaknya.

Tuesday, April 21, 2015

selesema, sakit tekak dan cuaca panas

abang bangun pukul tiga pagi semalam coi.
makan aiskrim potong perasa coklat.
mandi.

mula

apa khabar coi?

ini blog baru abang coi,
dua ribu lima belas.