Monday, October 5, 2015

9 tahun

coi,

dua oktober dua ribu lima belas
sembilan tahun abang bekerja di tanjong malim.

Tuesday, July 28, 2015

rombakan

dan tiba-tiba rakyat jelata berhenti memuat naik gambar raya di laman-laman sosial.

Monday, July 20, 2015

cuti raya pendek

raya lagi ke coi?
abang dah mula kerja ni.

sunyi.
sorang-sorang aje.

Wednesday, July 15, 2015

Babak Akhir Filem Aksi Teman Lelaki Pembunuh Upahan

hero dan heroin melarikan diri.
mereka dikejar watak-watak jahat.
dan tembak-menembak pun berlaku
antara hero dan watak-watak jahat.

hero berjaya membunuh seorang penjahat.
menanggalkan jaket kalis peluru kepunyaan penjahat.
dan memakai jaket tersebut pada dirinya sendiri.

heroin merajuk tidak dipakaikan jaket kalis peluru.
lalu mereka pun bergaduh dan memutuskan hubungan.

tamat.

Saturday, June 20, 2015

telekung

sedang abang bentang sejadah tadi,
nenek abang tanya,

"ada ke telekung kau?"

heh?

Wednesday, June 3, 2015

penjentik puntung kretek

orang sekeliling memerhati
si anak kecil belajar sesuatu

Friday, May 29, 2015

kucing dan kereta

pagi tadi kucing abang balik rumah dengan kaki berdarah coi.
risau abang.